ISLAM SATU CARA HIDUP, HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN
   
   
     

 

Masyarakat > Citra > Anggun > Muslimah

 

Terima kasih kerana melayari halaman kecantikan kami...
Tampil cantik bersama
www.dunyahalal.com.

Kecantikan amat subjektif dengan wanita. Erti kecantikan boleh diterjemahkan dalam pelbagai maksud. Ada yang beranggapan kecantikan hanya meliputi luaran sahaja tapi bukan kecantikan dalaman. Kenyataan tersebut sememangnya salah kerana penting untuk kita memelihara kedua-duanya sekali. Kecantikan luaran meliputi kecantikan fizikal seperti wajah, rambut, kulit, pakaian dan hiasan diri. Kecantikan dalaman pula membawa maksud keperibadian positif bagi seseorang individu seperti bijak, sopan, cerdas, jujur, ikhlas dan berwawasan. Konsep kecantikan ini meliputi kecantikan atau keindahan keperibadian seseorang. Ramai wanita yang tidak menitik beratkan kecantikan dari segi dalaman berbanding luaran. Semua wanita mengimpikan badan serta kulit yang cantik dan sihat. Maka tidak hairanlah ramai yang gemar bersolek untuk kelihatan cantik dan menutupi kecelaan wajah. Lambakan produk-produk kecantikan samada secara tradisional mahupun moden telah mengaburi mata wanita yang mementingkan kecantikan.

Sehubungan itu pelbagai produk dicuba bagi memastikan mereka kekal cantik. Menjaga penampilan diri atau menjaga kecantikan sebenarnya dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang individu. Apabila kita berpakaian kemas serta bersih, orang yang melihat juga rasa selesa dan yakin dengan diri kita. Panduan kecantikan yang kami sajikan diharap membantu kita untuk menjaga kecantikan seharian. Ruang kosmetik, pelangsingan badan dan kecantikan kulit antara informasi yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan. Kami memastikan Hanya yang Halal kami sajikan di www.dunyahalal.com

www.dunyahalal.com

`ISLAM SATU CARA HIDUP...'

`HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN...'

ARKIB

No. Tajuk
4. Wanita: Di Mana Hilangnya Malu?
3. Istimewanya Wanita
2. 6 Rahsia Tampil Anggun
1. 6 Rahsia Tampil Anggun Dilebaran