ISLAM SATU CARA HIDUP, HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN
   
   
     

 

Masyarakat > Citra > Anggun > Busana

 

SANTUN BERGAYA

Firman Allah SWT dalam Surah al-A’araf, ayat 26 yang bermaksud;

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

Sebagai seorang Muslim, telah terbukti tuntutan untuk menutup aurat sudah termaktub di dalam Al-Quran. Kita dituntut memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat mencerminkan muslim sebenar. Tiada penetapan bagi Islam dalam menentukan warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam mengariskan pemakaian pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Walau pun begitu Islam sendiri telah menggariskan aurat bagi lelaki dan perempuan iaitu;

Lelaki: Dari pusat hingga ke lutut

Perempuan: Seluruh anggota badan kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kaki.

Fesyen berputar bagaikan roda. Sentiasa bertukar ganti. Justeru tidak hairanlan fesyen lama kembali mewarnai persada busana dunia. Antaranya fesyen tahun 70-an atau sinonim dengan retro kini kembali diminati. Peredaran masa turut memberi nafas baru di dalam industri fesyen antarabangsa. Namun begitu fesyen yang seringkali dianggap tidak up-to date atau ketinggalan zaman juga diangkat semula di dalam arus perdana dunia fesyen. Begitu pun sebagai umat Islam, jangan sesekali mengabaikan syariat Islam di dalam berpakaian.

Wanita dan fesyen sukar dipisahkan Walau pun tidak dinafikan lelaki juga mengambil berat tentang penampilan dan gaya berpakaian mereka. Fesyen lelaki juga tidak kurang hebatnya. Tetapi wanita lebih prihatin, peka dan sangat menggemari fesyen serta mudah terpengaruh dengan perkembangan fesyen semasa.

Justeru, Dunyahalal.com memberi ruang dan peluang untuk anda melayari laman Busana. Menutup aurat dan sopan merupakan antara konsep yang akan kami ketengahkan. Nantikan laman Busana yang lebih menarik dan penuh warna di masa akan datang. Kami menjanjikan hanya yang terbaik untuk anda.

 

www.dunyahalal.com

`ISLAM SATU CARA HIDUP...'

`HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN...'

ARKIB

No. Tajuk
2. Aurat Dalam Islam
1. Aksesori Tudung