ISLAM SATU CARA HIDUP, HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN
   
   
     



 


Masyarakat > Citra > Anggun > Rapi Diri

Kekal Cantik, Tampil Menawan.

Biar apa pun gender kita, menjaga penampilan diri sangat penting.  Sejauh mana seseorang itu dikira menjaga penampilan diri bergantung pada individu itu sendiri. Sesetengah orang asal nampak kemas dan bersih, itu sudah memadai. Ada pula sanggup berhabis wang semata-mata ingin kelihatan segak dan menawan kerana mahukan perhatian umum. 

Bagi memastikan imej anda sentiasa segak dan sedap mata memandang, ada yang rela mencari maklumat rapi diri di dalam buku atau majalah. Tidak kurang pula ada yang berbelanja keterlaluan untuk mencuba  pelbagai produk terkini tanpa memikirkan kesan di kemudian hari.  Bahana yang mendatang langsung tidak difikirkan asalkan diri kekal cantik menawan.


Kini kosmetik bukan sahaja dicipta khas untuk golongan wanita, malah ramai lelaki sudah pandai berhias. Jika dahulu kebanyakan lelaki tidak memerlukan rawatan muka di salon, tetapi kini sudah ramai yang pergi ke sana untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Begitu juga perawatan di spa tidak lagi dikhususkan untuk wanita sahaja, bahkan lelaki juga sudah tahu memanfaat faedah spa dalam penjagaan kesihatan diri.  

Sehubungan itu, sekiranya anda buntu dalam berpenampilan menarik, pastikan anda layari  www.dunyahalal.com untuk anda mendapatkan pelbagai tip berguna. Kami akan tampilkan pelbagai gaya, tata rias beserta produk yang sesuai buat anda. Pastikan HANYA YANG HALAL di
www.dunyahalal.com.

 

www.dunyahalal.com

`ISLAM SATU CARA HIDUP...'

`HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN...'

ARKIB

No. Tajuk
6. Tabarruj(Berhias Diri) Ikut Islam
5. Kosmetik
4. Kotoran Tiada, Kesegaran Terasa
3. Kecantikan
2. Petua
1. Xx-tra Diet - Kekal Langsing Selepas Raya