ISLAM SATU CARA HIDUP, HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN
   
   
     

 

Masyarakat > Keluargaku Syurgaku > Dunia Anak > Sayang Anakku


Anak Ibarat Sehelai Kain Putih

Anak adalah amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah  Rasulullah S.A.W bersabda,

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi,”                      

 (Riwayat Bukhari)

Melihat sendiri permata hati membesar di depan mata pastinya memberi cabaran berbeza. Selain menyediakan keperluan asas, tugas wajib ibu bapa adalah memberi  didikan awal kepada mereka. Pendidikan awal bagi diri anak-anak adalah kehidupan di sekelilingnya. Gerak laku dan tutur kata orang terdekat termasuk ibu bapa, adik beradik dan rakan adalah ‘panduan utama’ buat mereka tanpa kita sedari. Apatah lagi,anak-anak masih tidak dapat membezakan tutur kata dan perlakuan positif dengan negatif.

Nilai pertama perlakuan anak terbentuk di rumah, seterusnya berlanjutan hingga ke sekolah. Di sinilah letaknya peranan ibu bapa menerap nilai-nilai yang baik dalam diri anak secara konsisten setiap hari. Pengawasan (bukan mengawal) boleh membantu  anak-anak membina jati diri yang kukuh.

Dalam pada itu, bakat dan kebolehan anak juga boleh diasah sedari kecil lagi. Anak-anak tidak suka di arah itu ini,  serba aktif dan bersifat suka meneroka. Saat bermain, mereka juga sentiasa  mempelajari pelbagai perkara baru. Beri anak ruang meluah minat mereka melalui aktiviti lain seperti melukis mahupun berkarya.

Lazimnya ibu bapa menggunakan kuasa veto, enggan mendengar apa pun luahan anak-anak. Sekiranya anda memberi ruang untuk mereka meluahkan pendapat walaupun anak sekecil usia 3 tahun, mereka sebenarnya sudah ada pendapat masing-masing. Anda dengar dahulu pandangan, kemudian fikirkan sama ada apa yang diutarakan mereka itu sesuatu yang positif atau sebaliknya. Jika apa yang diperkatakan mereka itu membawa makna yang negatif, ketika inilah anda berikan hujah kenapa permintaan atau kehendaknya tidak wajar dituruti. Begitu juga dengan pelbagai soalan pertanyaan yang muncul dari bibir mungil mereka sentiasa mahukan jawapan hatta sehinggakan membuatkan kita terlopong seketika apabila mendengar pertanyaan mereka yang kadangkala di luar batas akal kita untuk memberi satu jawapan jitu. 

Dalam laman Sayang Anakku, istimewa kami bawakan siri kisah teladan yang menarik. Kami juga menyediakan laman Karya Untuk Adik yang memuatkan cerita-cerita menambat hati.

Layari www.dunyahalal.com untuk sama-sama menghayati informasi menarik di dalamnya.

www.dunyahalal.com

`ISLAM SATU CARA HIDUP...'

`HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN...'

 
NO. TAJUK
5. KASIHAN PENCURI ITU
4. BERKAT BERSANGKA BAIK
3. AKU SEHELAI SAPU TANGAN
2. AKIBAT MALAS
1. QUDUS SI TUKANG MASAK