ISLAM SATU CARA HIDUP, HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN
   
   
     

 

Masyarakat > Citra > Uar - Uar > Tip Elak Pukau

TIP ELAK PUKAU

Harap maklumat ini disebarluaskan untuk makluman sesiapa sahaja tidak kira lelaki dan wanita. Anda perlu beringat dan berhati-hati. Pelbagai taktik dan cara dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. 


Baca sepenuhnya dan uar-uarkan untuk kebaikan kita bersama.


TIP ELAK PUKAU

  • Sentiasa mempunyai wuduk dan mengamalkan bacaan al-Quran sebagai pendinding diri daripada sebarang perkara jahat.
  • Jangan leka atau lalai dalam menjaga harta benda sendiri.
  • Perlu mempunyai rasa curiga serta syak wasangka terhadap orang yang tidak dikenali yang tiba-tiba menghampiri kita.
  • Curiga jika terhidu bau-bauan yang pelik seperti wangian,bau kemeyang,atau bau busuk yang datang secara tiba-tiba.
  • Tengok cara berjalan dan gerak-geri tangan orang yang datang dekat kita.
  • Pandang mata orang yang tiba-tiba menghampiri kita tetapi jangan melayan mereka. 

 

Sumber:

Datuk Mohd Noh Gadut

Penasihat Majlis Agama Islam Johor.


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA. AMIN.