|
 |
|
.png)
|
Masyarakat > Medik > Perubatan
|
Rawatan Moden Dan Alternatif Pilihan Masa Kini
|
| |
|

Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud)
Kemodenan dan kecanggihan teknologi hari ini telah memberi kesan pada dunia perubatan. Perkembangan ini dapat membantu para pakar dalam mencari kaedah terbaik bagi mengubati pelbagai penyakit terutama penyakit kronik. Pesakit kronik yang satu masa dahulu pernah berputus asa kini mula mendapat harapan baru.
Perubahan teknologi perubatan seperti pembedahan dan bekalan ubat-ubatan yang lebih praktikal diharap dapat memberi peluang kepada pesakit untuk sembuh dan meneruskan kehidupan dengan normal. Pelbagai kaedah rawatan antaranya laser, pembedahan plastik, cyberknife, mammogram dan pemindahan (transplant) disediakan di hospital seluruh negara.
Biar pun begitu, dunia perubatan moden tidak menafikan sumbangan perubatan alternatif dalam menyembuhkan penyakit. Perubatan alternatif pula terbahagi kepada akupuntur, homeopati, tradisional dan sebagainya.
Tidak kira cara perubatan bagaimana yang anda pilih, terpulang kepada kemampuan dan kemahuan masing-masing. Laman Perubatan di www.dunyahalal.com akan memperkenalkan anda kepada pelbagai kaedah perubatan sama ada moden mahupun alternatif. Sesuai dengan saranan Islam yang menggalakkan umatnya berusaha, jangan sesekali berputus asa sekiranya ditimpa penyakit atau musibah.
www.dunyahalal.com
`ISLAM SATU CARA HIDUP...'
`HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN...'

|
|
| |
|

ARKIB - PERUBATAN
|
No.
|
Tajuk
|
| 27. |
FLOS |
| 26. |
MELECUR |
| 25. |
KANTA SENTUH UNTUK REMAJA |
| 24. |
KELAKUAN YANG MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI |
| 23. |
KETUM |
| 22. |
DEHIDRASI |
| 21. |
ANTIPSIKOTIK |
| 20. |
NAFAS BERBAU |
| 19. |
BAHAYA REFFLESIA |
| 18. |
KEPERLUAN VITAMIN UNTUK MANUSIA |
| 17. |
KETAWA DAPAT MENGURANGKAN BERAT BADAN |
| 16. |
LUKA KECIL |
| 15. |
KONTRASEPTIF |
| 14. |
KERACUNAN |
| 13. |
DADAH DAN PEMANDUAN |
| 12. |
CABUTAN GIGI |
| 11. |
ANTI KEMURUNGAN |
| 10. |
IMPLAN
|

Latar belakang
Implan merupakan rawatan alternatif untuk mengganti gigi yang hilang. Implan boleh mengubah cara hidup seseorang dengan memberikan keselesaan dan keyakinan untuk makan, bercakap dan menikmati kehidupan seharian.
Satu skru ditanamkan di rahang.
.jpg)
Kenapa perlu mengganti gigi yang hilang?
Kehilangan gigi perlu diganti untuk:
• mengelak gigi berhampiran tersesar atau bergerak mengisi ruang gigi yang hilang.
• memastikan pertuturan tidak terganggu.
• mengekalkan keselesaan mengunyah.
• memperbaiki paras rupa.
Apa fungsi implan gigi ?
Implan gigi digunakan untuk:
• menggantikan sebatang gigi yang hilang dengan korona.
• menggantikan beberapa gigi yang hilang dengan jejambat.
• menggantikan kesemua gigi atas atau gigi bawah dengan gigi palsu (dentur).
Apakah bahan yang digunakan untuk membuat implan?
Implan diperbuat daripada bahan yang bersesuaian dengan tulang dan tisu manusia (contoh : titanium).
Adakah semua orang boleh menerima implan gigi?
Tidak semua orang boleh menerima implan gigi. Untuk memastikan keberkesanan jangka panjang menggunakan implan, kriteria-kriteria berikut adalah perlu :
• Gusi yang sihat.
• Rahang yang sesuai untuk menampung implan.
• Tidak merokok.
• Kebersihan mulut dan gigi yang baik.
• Kesihatan yang baik. Sebarang masalah kesihatan (contoh kencing manis) adalah dalam keadaan terkawal.
Bagaimana rawatan implan dilakukan?
Prosedur ini memerlukan pembedahan kecil dan mungkin memakan masa hingga satu tahun. Tulang rahang akan digerudi; dan implan akan ditanam ke dalam tulang. Ianya akan dibiarkan sehingga sembuh sebelum korona atau jejambat dipasangkan.
Panduan penjagaan implan
• Amalkan penjagaan gigi dan mulut yang baik;
- Berus gigi
- Gunakan flos
- Berkumur-kumur
- Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
• Dari menggigit benda-benda yang keras.
• Tidak merokok.
Berminat?
Lawati klinik pergigian untuk mendapatkan maklumat lanjut dan untuk menentukan adakah anda sesuai untuk menerima rawatan implan gigi.
Soalan-soalan yang kerap ditanya
1. Mengapa rawatan implan gagal?
Jawapan: Rawatan implan mungkin gagal kerana:
- Kebersihan mulut dan gigi yang tidak baik
- Kegagalan implan bersatu dengan tulang rahang
2. Berapakah kos rawatan implan?
Jawapan : Bahan Titanium digunakan untuk implan dan ianya diketahui sangat mahal; kos rawatan bergantung kepada bilangan implan dan biaya rawatan sehingga selesai.
Terima kasih dan penghargaan kepada Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
kemaskini : 22 Mac 2010
|
|
| 9. |
UJIAN SARIGAN DIABETIS
|
Ujian Saringan Diabetis

Perlukah saya menjalani ujian saringan Diabetis?
Ya, sekiranya anda :
• Berumur 35 tahun dan ke atas.
• Mempunyai salah satu keadaan berikut:
-
Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) > 23.0
-
Pernah mengalami Diabetes pada kandungan yang lepas
-
Pernah melahirkan bayi besar iaitu berat lahir > 4.0 kg
-
Ibu-bapa dan/atau adik-beradik ada Diabetes
-
Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
-
Paras kolesterol tinggi dalam darah (Hiperkolesterolemia)
-
Keabnormalan lemak dalam darah (Dislipidemia)
Bagaimana caranya membuat ujian saringan Diabetes?
Anda boleh membuat ujian Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak dengan cara mengambil sedikit darah di hujung jari. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja mengikut keselesaan anda.
Mengapakah perlu untuk memeriksa paras glukosa darah secara berkala?
Diabetes Jenis 2 adalah salah satu masalah kesihatan utama di Malaysia. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati, 8.3% orang dewasa (30 tahun dan ke atas) mengalami Diabetes. 1 juta penduduk Malaysia dewasa dijangka mengalami Diabetes pada masa ini.
Orang dewasa dengan penyakit Diabetes mudah mengalami beberapa penyakit dan komplikasi seperti serangan jantung, penyakit ginjal (buah pinggang), kebutaan, strok (angin ahmar) dan "diabetic foot".
Mengawal glukosa dalam darah boleh mencegah serangan jantung, strok (angin ahmar), kerosakan ginjal (buah pinggang) dan kebutaan.
Adakah saya menghidap Diabetes?
Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak > 5.6 mmol/l, ujian darah selanjutnya diperlukan.
Dimana saya boleh membuat ujian untuk Diabetes?
Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:
• Hospital dan klinik kerajaan
• Hospital dan klinik swasta
• Makmal perubatan/patologi swasta
Bilakah saya harus menjalani ujian untuk Diabetes?
Sekiranya anda mempunyai salah satu keadaan di bawah, anda perlu membuat ujian Diabetes setiap tahun:
• IJT/BMI > 23.0
• Pernah mengalami Diabetes pada kandungan yang lepas
• Pernah melahirkan bayi besar iaitu berat lahir > 4.0 kg
• Ibu-bapa dan/atau adik-beradik ada Diabetes
• Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
• Paras kolesterol tinggi dalam darah (Hiperkolesterolemia)
• Keabnormalan lemak dalam darah (Dislipidemia)
Sekiranya tiada keadaan seperti di atas, jalani ujian Diabetes:
• Setiap 2 tahun jika anda berumur 35-40 tahun
• Setiap tahun jika anda berumur 40 tahun dan ke atas.
Apakah yang harus saya buat jika paras glukosa darah saya tinggi?
Anda perlu :
• Merujuk kepada doktor anda, atau
• Pergi ke klinik kerajaan atau swasta yang berhampiran
Ujian pengesahan seterusnya akan dijalankan.
Bagaimana cara untuk mengekalkan paras glukosa darah yang normal?
• Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
• Makan secara sihat - kurangkan lemak dalam makanan
• Sentiasa aktif - mulakan senaman yang berjadual
Maklumat lanjut
Clinical Practice Guidelines on the Management of Diabetes Mellitus Type 2, Malaysia, 2004.
Kumpulan sokongan
Persatuan Diabetes Malaysia (PDM)
Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS)
National Diabetes Institute (NADI)
Terima kasih kepada Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
kemaskini : 16 Mac 2010
|
|
| 8. |
RELAKSASI
|
Relaksasi

Relaksasi adalah suatu keadaan dimana anda berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang. Terdapat beberapa teknik atau cara untuk relaksasi.
Tujuan
• Melegakan stress untuk penyakit darah tinggi, penyakit jantung, susah hendak tidur, sakit kepala disebabkan tekanan dan asthma
• Keupayaan mengawal - untuk menenangkan minda dan mengembalikan kercerdasan minda
Relaksasi penting apabila anda mempunyai gejala seperti berikut:-
• Berdebar-debar
• Sakit kepala
• Berpeluh
• Susah untuk bernafas
• Paras glukos darah yang tidak terkawal
• Keadaan badan yang tidak selesa seperti ketidakcernaan,sembelit dan kegelisahan.
• Kepenatan atau susah hendak tidur.
• Ketegangan otot terutama otot ditengkuk dan otot bahu.
• Susah untuk memberi tumpuan dan mudah risau.
• Kurang sabar, mudah tersinggung dan cepat marah.
• Hilang selera makan atau makan berlebihan.
• Hilang minat terhadap seks.
Nasihat Am
• Pilih teknik yang paling sesuai untuk anda
• Belajar dan praktik teknik tersebut selalu atau sekerap mungkin.
• Jangan bangun mengejut selepas melakukan latihan relaksasi. Cuba berehat 1 -2 minit untuk menikmati latihan yang telah dibuat.
• Bangun perlahan-lahan apabila anda sudah bersedia.
• Ianya mustahil untuk mahir belajar relaksasi dalam satu sessi latihan. Banyakkan latihan supaya anda mahir, cekap dan lebih relaks
• Cuba mengenalpasti punca stres atau situasi yang membangkitkan kebimbangan dan elakkannya.
• Bijak membuat pilihan dan tingkatkan keupayaan mengawal anda.
Jenis-jenis Relaksasi
1. Kaedah atau teknik pernafasan
2. Gambaran dalam fikiran (Imagery)
3. Regangan
4. Senaman
5. Teknik relaksasi yang lain
• Progressive muscular relaxation ( teknik yang lebih sukar)
• Bertafakur
• Yoga
• Tai-chi
• Muzik
• Menari
• Urut
Persediaan untuk relaksasi
Pastikan diri anda merasa tenang dan selesa
• Pergi ke tandas dan bersihkan diri anda dahulu.
• Pakai pakaian yang longgar, tanggalkan cermin mata dan kasut.
• Pilih bilik yang sunyi, tiada gangguan dan yang sejuk dan nyaman.
• Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
Prosedur untuk teknik relaksasi
1. Pernafasan Dalam
• Ini adalah teknik yang paling asas.
• Menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam.
• Boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.
• Cuba praktikkan untuk beberapa minit, 3 atau 4 kali sehari dan apabila anda merasa tegang atau tertekan.
(Lebih infomasi /maklumat pada prosedur)
2. Gambaran dalam fikiran (Imagery)
• Ianya mengenai pembentukan gambaran dalam minda.
• Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang menyebabkan stress.
Penghargaan dan terima kasih kepada Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
kemaskini : 15 Mac 2010
|
|
| 7. |
HERBA : KHAZANAH BERNILAI
|
HERBA : KHAZANAH BERNILAI

Penulis : ZALILA ISA
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
MASYARAKAt di negara China terkenal dengan amalan pemakanan dan kesihatan berasaskan ginseng. Masyarakat India, Nepal dan Sri Lanka pula boleh berbangga dengan amalan ‘ayurveda’ dan yoga, yang dikatakan boleh mempengaruhi kehidupan yang baik dan sihat. Indonesia pula terkenal dengan jamu-jamunya yang menjadi makanan atau minuman wajib sejak mereka kecil.
Malaysia boleh berbangga dengan kekayaan sumber semulajadi yang menghuni hutan hujan tropikanya. Di situ terkumpulnya segala khazanah bumi yang boleh dimanfaatkan. Salah satu daripadanya ialah tumbuhan herba yang dikatakan menjadi bahan asas bagi segala ubat-ubatan dan makanan untuk kesihatan.
Secara umumnya, hutan amat penting bukan sahaja sebagai tanah ladang yang berpotensi tetapi sebagai simpanan balak yang boleh dieksploitasi, sebagai sumber spesimen biologi yang baharu dan sebagai habitat bagi berbagai variasi flora dan fauna.
Hutan hujan tropika menjadi habitat semula jadi kepada hampir 50 peratus hingga 90 peratus spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia walaupun ia hanya meliputi 12 peratus kawasan dunia. Hutan menempatkan 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga.
Di Sarawak pula, 70 peratus daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20,000 spesies fauna.
Selain bertindak sebagai tempat perlindungan semulajadi bagi orang-orang asli, hutan juga menjadi kawasan tadahan air, penutup bumi semulajadi dan berfungsi sebagai bunga karang (sponge) yang berongga dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai-sungai.

Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan hampir 70 peratus daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika, agen pembersih udara melalui proses fotosintesis dan membekalkan sumber bahan mentah untuk makanan manusia dan haiwan. Sumber bahan getah, damar, resin, pencelup dan bahan-bahan dasar pengeluaran minyak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi juga diperolehi dari hutan yang mengandungi khazanah yang tidak ternilai harganya seperti pokok-pokok balak iaitu balau, cengal, kapur, keruing, meranti, merawan, mersawa dan seraya.
Paling penting, hutan menjadi gedung kesihatan kerana dipenuhi dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Tumbuhan herba merupakan tumbuhan yang mendiami hutan hujan tropika yang mempunyai khasiat tersendiri.
Sebenarnya, semenjak dahulu lagi tumbuhan herba telah digunakan sebagai asas perubatan. Bapa perubatan iaitu, hippocrates juga telah mempelajari ilmu perubatan dengan menggunakan herba daripada orang-orang Mesir.
Dalam aspek pengubatan, tumbuhan herba digunapakai untuk memulihkan sesuatu penyakit sejak zaman berzaman. Pemerhatian dan kajian yang dibuat terhadap alam sekitar membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada seluruh penduduk dunia.
Antara pokok herba yang sehingga kini memberi sumbangan kepada dunia perubatan ialah pokok Chichona yang berasal dari Peru, menghasilkan ‘quinine’ yang boleh menyembuhkan penyakit malaria. Daun-daun pokok koka pula menghasilkan kokain yang digunakan sebagai pelali atau ubat bius.
Kebiasaannya, pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang yang lembut dan mengandungi banyak air. Selain sebagai ubat, masyarakat Melayu juga mengamalkan beberapa jenis tumbuhan herba sebagai ulam-ulaman dalam makanan seharian mereka. Selain itu, tumbuhan herba juga digunakan sebagai minyak atau puput (hancurkan dengan lumat seperti krim) sebelum diletakkan di bahagian yang sakit.
Penawar alami yang kedapatan di hutan belukar, bukit bukau, paya, sawah, padang, kampung dan dusun ini digunakan oleh masyarakat Melayu zaman berzaman. Potensi tumbuhan herba berkembang dengan pesat di Malaysia terutama selepas Tongkat Ali dan Kacip Fatimah dikomersialkan sebagai herba yang mengandungi bahan yang boleh memulihkan tenaga dalaman.
Selepas itu, tanaman herba mula mendapat tempat di dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Tumbuhan herba ini mula dicari, dikaji dan dikomersilkan sebaiknya sehingga herba yang dahulunya hanya boleh di dapati dari hutan belukar, sudah boleh ditanam sendiri di halaman rumah. Malahan juga sudah punya ladang yang luas yang hanya ditanam dengan tumbuhan herba.
Antara tumbuhan herba yang mula mendapat tempat dan perhatian pakar perubatan di seluruh dunia ialah mas cotek, misai kucing, hempedu bumi, serai wangi, dukung anak, lempoyang gajah, kemunting cina, vanilla, pokok gaharu, derhaka mertua, gandarusa, ubi jaga, tenggek burung, manjakani, paku tunjuk langit, jarum tujuh bilah dan ratusan yang lain lagi.
Budaya lisan yang mendominasi komunikasi masayarakat zaman dahulu menjadikan khasiat dan kegunaan herba-herba sebegini tidak didokumentasikan dengan baik. Kepandaian atau kemahiran mengenalpasti khasiat herba juga hanya ada pada orang-orang tertentu seperti bomoh, dukun dan bidan.
Kini, dengan teknologi yang baik dan moden, tumbuhan herba bukan sahaja boleh didokumentasikan dengan baik melalui badan-badan tertentu seperti Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dan Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Malahan banyak pihak telah mula mendokumentasikan serta membuat kajian lebih lanjut tentang khasiat herba. Mereka terdiri daripada pakar penyelidik di universiti-universiti, pakar perubatan persendirian dan pengamal perubatan berasaskan herba itu sendiri.
Perkembangan tumbuhan herba juga dibantu dengan medium seperti laman-laman sesawang yang memaparkan atau mengumpulkan maklumat terkini tumbuhan herba di Malaysia dan seluruh dunia. Laman sesawang yang dibangunkan oleh pengusaha, pengeluar, dan individu-individu tertentu yang terlibat dalam dunia herba banyak membantu dalam mengembangkan pemasaran dan penyelidikan tumbuhan herba. Dengan menggunakan nama laman botani, myherba, penawar alami dan sebagainya, masyarakat mula membuka mata dan tidak ketinggalan dalam usaha menyelongkar khazanah alam yang berharga yang terdapat di sekeliling mereka.
Selain itu, buku-buku mengenai herba juga banyak dihasilkan bermula dari hanya pemaparan gambar-gambar dan sedikit penerangan tentang herba sehinggalah kepada kegunaannya yang pelbagai.
Antaranya buku “Dunia Perbidanan Melayu” yang ditulis oleh Datin Syarifah Anisah Barakbah. Buku ini memancarkan kegemilangan tamadun Melayu dan bangsa yang begitu prihatin akan penjagaan diri dan keturunannya.
Penerbitan semula “Kitan Tib Melayu” yang dikarang oleh bapa perubatan Islam, Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau lebih dikenali dengan Ibnu Sina di kalangan masyarakat Islam dan Aviceanna di kalangan masyarakat Barat. Tindakan Yayasan Karyawan menerbitkan semula kitab ini harus dipuji kerana berusaha memelihara manuskrip perubatan tulisan tangan Melayu silam. Ia merujuk kepada kesemua manuskrip perubatan dan kebiasaannya membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yang menggunakan bahan dari pokok dan tanaman yang dicampur dengan ramuan rempah, di antaranya ubat sembelit, senggugut dan meroyan, selain disertakan dengan doa-doa.
Usaha kerajaan dan pihak swasta juga amat besar dalam mengembangkan pemasaran dan pengkomersialan tanaman herba. Pameran NATPRO 2008 (5th Asia Pacific Natural Products Expo 2008) yang akan diadakan pada 27-29 Mac ini di PWTC, Kuala Lumpur yang memungkinkan tanaman herba semakin teguh berada di pasaran antarabangsa di samping memperkenalkan penemuan herba-herba baru kepada masyarakat.
Begitu juga dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang akan diadakan pada 11-23 Ogos 2008 bertempat di serdang yang sebelum ini pernah melakar sejarah menjadi ekspo terbesar di Malaysia berasaskan Industri Pertanian.
Selain itu, Malaysian Herbal Corporation (MHC), anak syarikat milik penuh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia juga akan menganjurkan temasya herba pertama di Menara Kuala Lumpur pada 20 April ini. Temasya ini mempamerkan dan menjual produk berasaskan herba merangkumi produk makanan, farmaseutikal dan kosmetik.
Untuk tujuan pengkomersialan pula, kerajaan telah mengambil inisiatif memperuntukkan sejumlah dana untuk membina beberapa buah kilang dan memperuntukkan tanah-tanah terbiar untuk diusahakan dengan tanaman herba di samping merealisasikan hasrat negara menjadi pengeluar produk herba bertaraf dunia melalui bioteknologi dan penghasilan kaedah baru daripada kepelbagaian ramuan herba yang dimiliki kini.
Sebagai contoh pembinaan kilang TPM Biotech Sdn Bhd di Raub, Pahang yang bernilai hampir RM35 juta sebagai prasarana pemprosesan tumbuhan herba yang boleh digunakan oleh 150 syarikat untuk memproses produk mereka. Kilang-kilang yang lain juga bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pemprosesan, malah menjadi lokasi penyelidikan bagi tumbuhan herba untuk di komersialkan melalui penyelidikan dan pembangunan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Pasaran dunia herba memperlihatkan sambutan yang begitu menggalakkan. Menurut MHC, nilai keluaran industri herba tempatan akan meningkat kepada RM8 billion tahun ini daripada 7.5 bilion tahun lepas. Pasaran industri yang semakin berkembang ini memberi banyak faedah terutama kepada petani dan juga generasi muda yang mula memandang pertanian amnya dan industri herba khasnya, sebagai suatu peluang yang baik dari aspek penjanaan ekonomi diri dan negara. Bidang pertanian yang dahulunya dipandang sepi semakin popular. Malahan, ada yang sanggup meninggalkan jawatan bergaji besar dan mula mengerjakan tanah-tanah terbiar di kampung dan pinggir bandar untuk mengambil peluang keemasan ini.
Selain itu, industri herba yang mempunyai pulangan yang besar untuk bersaing di dalam pasaran global mempunyai nilai yang tinggi dalam jangkamasa yang panjang. Individu yang terlibat bukan sahaja bertindak sebagai pengeluar bahan mentah, malah penanaman, pemprosesan dan pemasaran herba juga boleh dilakukan sendiri dengan bantuan pihak yang berkenaan.
Kesan daripada ledakan maklumat dan sokongan dari pelbagai pihak juga, tumbuhan herba atau amalan pemakanan dan kesihatan berasaskan tumbuhan herba tidak lagi dianggap sebagai cara yang kolot, tahyul, kotor atau memudaratkan sepertimana yang digembar gemburkan oleh barat yang kononnya mereka adalah pelopor teknologi perubatan yang terbilang. Stigma tentang perubatan tradisional mula berubah.
Perkembangan dunia herba juga memperkaya sumber makanan bagi orang Melayu dan masyarakat Islam yang sering tertindas dengan makanan yang disediakan oleh pengeluar bukan Islam. Persoalan halal dan haram dapat diatasi dengan kekayaan sumber asli ini yang boleh di tanam sendiri, dimakan begitu sahaja atau penggunaan herba yang telah mengalami tranformasi dari pelbagai aspek.
Terima kasih kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di atas maklumat ini.
kemaskini : 11 Mac 2010
|
|
| 6. |
LAKTASI DAN UBAT - UBATAN
|
LAKTASI DAN UBAT - UBATAN

Pengenalan
Kebanyakan ubat yang beredar dalam aliran darah akan hadir dengan jumlah yang kecil dalam susu ibu. Bagi mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan, anda haruslah berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi.
Apakah langkah pengawasan yang perlu diambil?
• Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.
• Sekiranya anda menyusu badan dan perlu mengambil ubat-ubatan tertentu, bawalah bayi anda untuk pemeriksaan tetap bagi mengesan kesan sampingan yang mungkin berlaku.
Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?
• Beritahulah dokor anda bahawa anda menyusu badan setiap kali anda mendapatkan rawatan.
• Berhentikan sementara ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan
• Makanlah ubat anda setiap kali selepas menyusu badan bagi memastikan kadar ubatan didalam susu berada pada kadar yang rendah bagi penyusuan seterusnya.
• Makanlah ubat-ubatan sebelum masa tidur bayi anda.
• Berhentikan menyusu badan buat sementara waktu sekiranya perlu.
Ubat-ubatan / Bahan-bahan yang kerapkali digunakan
| Ubat-ubatan/ Bahan-bahan |
Komen/Ulasan |
| Alkohol |
- Penggunaan secara kerap meninggalkan kesan buruk. Risiko tetap ada bagi kegunaan sekali sekala.
|
|
Penahan sakit dan Analgesik
- NSAIDS(Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya Diklofenak, Asid mefenamik, Naproksen dan sebagainya)
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini dengan pengambilan yang kerap
- Makanlah dengan berhati-hati dan berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi berhubung ubat-ubatan anda.
|
|
Antihistamines
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
|
|
Ubat cirit-birit
- Atropin dengan difenoksilat
- Kafein
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
- Gunakan dengan berhati-hati.Berbincanglah dengan ahli farmasi.
- Penggunaan tidak disyorkan.
- Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi.
|
|
Sediaan ubat batuk dan selsema
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
- Gunakan dengan berhati-hati.Berbincanglah dengan ahli farmasi.
- Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.
|
|
Ubat sedut untuk asma
- (contoh Salbutamol, Terbutalin)
- Sediaan Zat Besi untuk Anaemia
- Iodides
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
- Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu
|
|
Julap
- Kumpulan Pembentukan najis
- Julap Perangsang
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
- Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.
|
|
Nikotin
- (contoh: Tampalan Nikotin bagi rawatan pengurangan tabiat merokok)
|
- Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam.
- (Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu)
|
|
|
- Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin dalam kuantiti yang banyak
- Jangan ambil Vitamin A dalam dos yang tinggi sewaktu hamil. (Tidak dibenarkan sewaktu hamil)
|
|
Ubatan cacing
- Pirantel pamoat
- Mebendazol / Albendazol
|
- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
- Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.
|
Bahan-bahan yang mendatangkan kemudaratan
|
Asap rokok
- Nikotin dan pelbagai kimia (perokok aktif atau pasif)
|
- Jangan merokok ketika menyusukan anak.Mungkin meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS).Mungkin meningkatkan risiko jangkitan kuman pada sistem pernafasan dan telinga
|
|
Penyalahgunaan Dadah
- Kokain dan Pensaiklidin (PCP)
- Amfetamin, heroin and marijuana
|
- Memberikan kesan keracunan pada bayi anda.
- Memberikan berbagai kesan termasuklah tidak selesa, gangguan tidur, menggigil dan muntah-muntah. Bayi juga boleh menjadi ketagih dengan pengambilan dadah ini melalui susu badan.
|
Terima kasih dan penghargaan kepada Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
kemaskini : 8 Mac 2010
|
|
| 5. |
RAWATAN ORTODONTIK
|
RAWATAN ORTODONTIK
Apakah yang dimaksudkan dengan rawatan ortodontik?
Rawatan ortodontik adalah rawatan kepakaran untuk mencegah atau membetulkan susunan gigi yang tidak teratur atau jongang.
|

Gigi yang tidak teratur
|
Gigi terpusing
|
Jenis-jenis aplians ortodontik
Aplians yang digunakan bergantung kepada masalah yang dialami oleh individu. Terdapat 2 jenis aplians ortodontik iaitu :
|

Aplians tetap
|
Aplians boleh tanggal
|
Kepentingan rawatan ortodontik
Rawatan ortodontik boleh :
• menambah penampilan supaya lebih cantik.
• mencegah risiko kecederaan atau trauma terutama pada gigi kacip.
• membetulkan gigitan.
• membantu mengunyah makanan dengan baik.
• mengurangkan kejadian penyakit gusi dan kerosakan gigi.
Bilakah rawatan ortodontik boleh dimulakan?

Rawatan ortodontik boleh dimulakan tanpa mengira umur. Kebanyakan remaja menerima rawatan ketika berumur 10-12 tahun.
Berapa lama anda perlu memakai aplians ortodontik?
Jangka masa rawatan bergantung kepada kerumitan masalah yang dialami. Kebiasaannya aplians ortodontik dipakai selama 18 bulan hingga 30 bulan.
Apa yang boleh dilakukan jika terjadi komplikasi semasa memakai aplians ortodontik?

Jika berlaku komplikasi, anda perlu segera berjumpa pakar ortodontik. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan dalam kes-kes tertentu sebelum ke klinik :
• Braket (bracket) longgar
- Jangan cuba menanggalkannya. Tutup braket yang longgar dengan lilin lembut jika ia mengganggu.
• Wayar (wire) terjulur / terkeluar
- Jangan cuba mengeluarkan wayar yang terjulur. Tutup wayar yang terjulur dengan lilin lembut.
• Cangkuk elastik terjulur
-
Gunakan pensil untuk masukkannya semula.
-
Tutup cangkuk dengan lilin lembut.
• Sakit gigi
-
Makan makanan lembut.
-
Ambil ubat penahan sakit.
Apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan rawatan ini berjaya?
• Memakai aplians ortodontik sebagaimana yang diarahkan oleh pakar.
• Menjaga kebersihan gigi dengan memberus dan menggunakan flos setiap kali selepas makan.
• Elakkan makan makanan keras, melekit serta makanan yang tinggi kandungan gula dan asid..
• Menepati temujanji dengan pakar ortodontik.
• Elakkan tabiat menghisap jari, menggigit kuku, pensil dan sebagainya.
Penghargaan dan terima kasih kepada Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
kemaskini : 8 Mac 2010
|
|
| 4. |
TERAPI GANTIAN METHADONE
|

Pengenalan
Methadone adalah opiat sintetik yang digunakan sebagai ubat penahan sakit dan juga di dalam rawatan penagihan narkotik. Methadone ini digunakan sebagai kaedah mengurangkan mudarat bagi membendung risiko penularan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan perkongsian jarum. Methadone juga masih boleh disalahgunakan. Oleh itu terapi gantian methadone mesti dipantau dan dikawal selia dengan rapi.
Ada tiga kesan utama yang dihasilkan oleh methadone:
• Mengelakkan kesan gian.
• Menghalang kesan dari penyalahgunaan dadah terlarang.
• Mengurangkan keinginan terhadap dadah opiat.
Rawatan gantian methadone merupakan rawatan jangka masa panjang.
Kesan dan akibat
Apabila methadone digunakan dengan betul, ia merupakan dadah yang selamat. Apabila disalahgunakan ia boleh menghasilkan kesan sampingan seperti mengantuk, letih lesu, loya, muntah, sukar membuang air kecil, perubahan emosi, gangguan corak tidur dan gangguan fungsi serta kurang keinginan dalam hubungan seksual. Kesan sampingan yang serius termasuk serangan sawan. Malah dalam kes pengambilan metadone secara berlebihan ia boleh mengakibatkan kematian.
Rawatan
Methadone boleh diberikan sebagai rawatan untuk pesakit luar di klinik dan hospital yang telah dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Methadone perlu diambil setiap hari dan pemberian methadone dipantau oleh pegawai farmasi dengan rapi di klinik dan hospital. Setiap penerima terapi gantian methadone wajib memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KKM dan mematuhi kaedah rawatan seperti yang ditetapkan.
Penerima rawatan methadone wajib memaklumkan maklumat terapi methadone apabila berjumpa dengan mana-mana doktor bagi mengelakkan kesan interaksi yang serius dengan ubat-ubat lain. Terapi gantian methadone akan menjadi lebih berkesan apabila rawatan digabungkan dengan kaedah menangani masalah perubatan, psikiatri dan sosial yang lain. Kaunseling juga memberi kesan positif di dalam terapi gantian methadone.
- Pemulihan
- Terapi kognitif
- Terapi tingkah-laku
- Latihan asertif
- Sokongan sosial
- Pembinaan kesihatan rohani yang mantap
Kumpulan sokongan
- Agensi AntiDadah Kebangsaan
- Calvary Spiritual Centre
Terima kasih kepada Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia di atas maklumat ini.
kemaskini : 1 Mac 2010
|
|
| 3. |
TINDAKBALAS UBAT
|

Fungsi Hati dan Buah Pinggang
Semakin usia kita meningkat, kecekapan hati kita memecahkan ubat semakin berkurangan, begitu juga dengan kecekapan buah pinggang kita untuk mengkumuhkannya. Ini bermakna bahawa bagi sesetengah jenis ubat, kemungkinan bagi seseorang mengalami kesan sampingan daripadanya walaupun pada dos yang biasa bagi orang dewasa mungkin lebih tinggi. Untuk mengelakkan ini, doktor anda mungkin akan mempreskip ubat berkenaan bagi anda pada dos yang lebih rendah.
Tulang dan Sendi
Artritis merupakan masalah yang biasa di kalangan golongan berumur, dan ia boleh menimbulkan masalah terutamanya sewaktu mengambil ubat yang disimpan di dalam bekas yang sukar dibuka oleh kanak-kanak atau bekas ubat yang khas, contohnya botol ubat titis mata dan bekas ubat sedut.
Memandangkan tiada faedahnya ubat sekiranya ia tidak boleh diambil, ahli farmasi anda boleh membekalkannya di dalam bekas lain di atas permintaan anda. Beliau juga boleh memberikan peralatan yang tertentu untuk memudahkan penggunaan ubat-ubatan tersebut.
Walau bagaimanapun, anda haruslah ingat untuk menyimpan ubat-ubatan tersebut di dalam bekas-bekas biasa yang disimpan jauh dari kanak-kanak.
Otak dan Sistem Saraf
Dengan meningkatnya usia kita, otak dan sistem saraf menjadi lebih sensitif terhadap ubat-ubat tertentu.
Sebagai contoh, golongan tua lebih terdedah kepada kemungkinan mendapat kesan sampingan daripada ubat-ubat penahan sakit jenis opioid seperti morfin dan juga ubat tidur seperti diazepam.
Doktor anda mungkin mempreskrip ubat-ubat ini pada dos yang lebih rendah dan untuk jangkamasa yang singkat sahaja.
Semakin usia kita meningkat, kita mungkin menjadi lebih pelupa dan mempunyai masalah untuk mengingati kegunaan sesuatu jenis ubat, juga samada kita telah mengambilnya pada hari tersebut.
Terdapat berbagai cara yang boleh membantu. Ini termasuklah carta-carta peringatan pengambilan ubat dan kotak-kotak pil yang boleh diisi dengan kesemua jenis ubat untuk keperluan harian atau mingguan. Ahli farmasi atau pelawat kesihatan boleh membantu anda menguruskan ini.
Pergerakan
Jika anda sukar untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi atau ke farmasi untuk mendapatkan ubat, beritahu doktor atau ahli farmasi anda. Ahli keluarga atau rakan anda boleh mengambilnya bagi pihak anda.
Penglihatan
Kelemahan penglihatan boleh menimbulkan masalah sewaktu membaca tulisan kecil pada label dan lembaran maklumat yang dibekalkan bersama dengan ubat. Jika ini berlaku, mintalah daripada ahli farmasi anda lembaran maklumat serta label yang dicetak dengan tulisan yang lebih besar.
Menelan
Ramai di kalangan warga tua yang menghadapi kesukaran untuk menelan ubat biji atau kapsul. Anda perlu mengambil ubat anda dengan air yang banyak.
Beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda menghadapi kesukaran untuk menelan ubat, kerana terdapat banyak ubat dalam bentuk cecair atau mudah-terlarut yang lebih mudah ditelan.
Terima kasih kepada Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia di atas maklumat ini.
kemaskini : 1 Mac 2010
|
|
| 2. |
MODEN
|
Tahukah anda, dunia perubatan moden sebenarnya diasaskan oleh seorang ilmuwan Islam yang terbilang? Ibnu Sina, yang digelar ‘Bapa Perubatan Moden’ oleh dunia Barat, merupakan penulis buku ‘Kanun Perubatan (Al-Qanun Fi At Tibb)’ yang menjadi rujukan lengkap bidang perubatan berabad-abad lamanya. Buku tersebut menerangkan dengan jelas tentang penyakit berjangkit, mengenal pasti anestetik dan dadah perubatan, memperkenalkan kaedah kuarantin dan ujian klinikal. Ibnu Sina Selain Ibnu Sina, terdapat beberapa orang ilmuwan Islam lain yang telah memberi sumbangan besar dalam perkembangan dunia perubatan moden. Abu Al-Qasim Al-Zahrawi misalnya, digelar ‘Bapa Pembedahan Moden’.Buku karya beliau, Al-Tasrif merupakan sebuah ensiklopedia yang menerangkan tentang proses pembedahan dengan terperinci. Beliau juga telah mencipta beberapa alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan salur kencing, selain menjadi orang pertama yang mengenal pasti penyakit hemofilia. Ibnu Zuhr, Ibnu Al-Nafis dan Ibnu Rushd adalah beberapa lagi ilmuwan Islam yang telah memberi sumbangan kepada dunia perubatan moden.Seterusnya, ilmu perubatan moden semakin berkembang selaras dengan kemajuan sains dan teknologi. Ubatan-ubatan mula dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan semula jadi. Semakin banyak cabang baru dalam perubatan diperkenalkan, bersama-sama dengan proses dan kaedah rawatan yang lebih terperinci dan berkesan. Cabang-cabang asas dalam perubatan moden:
-
Anatomi : Kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh hidupan.
Biokimia : Sains yang melibatkan kajian tentang proses-proses kimia yang berlaku pada benda-benda hidup.
Biostatistik : Cabang statistik yang terlibat dengan kadar kelahiran, kematian, populasi manusia, dan kejadian penyakit.
Sitologi : Kajian tentang sel haiwan dan tumbuhan.
Embriologi : Cabang ilmu perubatan yang mengkaji pertumbuhan embrio. ·
Epidemiologi : Bidang kajian terhadap kejadian, taburan dan penentu penyakit serta kecederaan dalam populasi manusia.
Genetik : Kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen.
Histologi : Kajian tentang tisu haiwan atau tumbuhan (dari segi struktur, fungsi, dan lain-lain).
Imunologi : Cabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan pelalian atau daya tahan terhadap penyakit.
Fizik perubatan : Mengkaji aplikasi prinsip fizik dalam perubatan. ·
Mikrobiologi : Cabang biologi yang berkaitan dgn kajian tentang organisma seni. ·
Neurologi : Kajian tentang anatomi, fisiologi, dan penyakit-penyakit sistem saraf.
Patologi : Cabang perubatan yg mengkaji sebab, punca, proses perkembangan, dan akibat penyakit.
Sains nutrisi dan diet : Kajian saintifik tentang pemakanan dan diet.
Farmakologi : Sains atau kajian tentang ubat-ubatan, termasuk sifat, tindakan, dan kegunaannya.
Fisiologi : Cabang ilmu sains berkenaan fungsi organisma.
-
Toksikologi : Sains perubatan yg mengkaji tabii dan tindakan racun.
Setiap cabang ilmu ini kemudiannya akan dipecahkan menjadi beberapa bahagian lain, yang mana setiap hari semakin bertambah. Sejarah Perubatan Moden di Malaysia bermula pada tahun 1880 apabila hospital pertama telah dibuka di Ipoh. Dikenali sebagai Hospital Yong Wah, ia dibina untuk memberi rawatan kepada pekerja-pekerja dan pelombong Cina dari penyakit seperti cirit-birit, malaria, taun, beri-beri dan disenteri.
|
|
| 1. |
ALTERNATIF
|
Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’. Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini. Sejarah juga ada membuktikan bahawa bangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur.
.jpg)
Hal ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing, China. Ciri–ciri akupuntur Rawatan akupuntur berbeza sedikit di antara cara rawatan masyarakat kuno China dengan rawatan masa kini.Dahulu, masyarakat kuno China menggunakan batu – batu tajam, kayu dan buluh sebagai asas rawatan untuk menekan dan menusuk pada bahagian – bahagian tertentu. Tetapi kini, alat – alat asas ini diganti dengan cara yang lebih moden iaitu penggunaan jaurm – jarum yang halus yang telah disterilkan atau disucihamakan. Jarum – jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam seperti atau jarum perak, jarum copper atau tembaga, dan jarum emas. Jarum emas adalah jarum termahal di kalangan jarum – jarum halus. Jarum ini dipercayai dapat mengeluarkan tenaga ‘ Qi ’ 100 kali ganda daripada jarum perak. Tenaga Qi adalah tenaga yang menggerakkan jasad kita. Jika pengaliran tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa sakit. Pada jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti berdenyut – denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum - jarum tersebut ditusuk pada suatu titik khas di badan. Rasa yang kita alami ini dikenal sebagai ‘ Deqi ’ dan ia mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai kolestrol, channel, atau meridian. Dalam hal ini, kesemua rasa kesakitan atau bisa dikeluarkan melalui kuasa Qi yang secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakit. Pengamal perubatan akupuntur menyatakan bahawa terdapat 365 titik akupuntur yang utama dan lebih 1000 titik akupuntur luar biasa pada tubuh manusia. Titik akupuntur luar biasa wujud apabila sesuatu penyakit pada organ badan kita akan mewujudkan rasa sakit dan bengkak di tempat yang jauh daripada organ kita. Sebagai contoh, kesakitan pada diafragma boleh menyebabkan rasa sakit di hujung bahu.. Pengamal akupuntur juga mengelaskan sebahagian besar titik akupuntur kepada 12 kumpulan utama di mana titik – titik ini digabungkan melalui Meridian. Meridian yang mempunyai 12 meridian utama mengawal edaran seks, paru-paru, usus besar, perut, limfa, jantung, usus kecil, pundi kencing, buah pinggang, pundi hempedu, triple warmer dan hati.>

Dalam pada itu, jumlah titik akupuntur pada meridian adalah berbeza. Sebagai contoh meridian jantung mempunyai sembilan titik manakala meridian pundi kencing mempunyai 67 titik. Seorang penyelidik kesakitan terkemuka, iaitu Dr. Ronald Melzack menyatakan bahawa tekanan pada titik – titik tertentu adalah berkaitan dengan pola kesakitan dan sesuatu rangsangan yang singkat tetapi berkeamatan tinggi pada titik itu melalui jarum halus dapat melegakan kesakitan.Selain itu, penyelidikan saintifik tentang akupuntur telah dijalankan di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan ‘ endorfin ’ yang boleh melegakan kesakitan secara semulajadi semasa rawatan akupuntur. Di kebanyakkan negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Hong Kong di mana terdapatnya ramai penagih dadah jenis Heroin,mereka menggunakan cara rawatan akupuntur kerana ia dapat meningkatkan kadar endorfin dalam badan.Hal ini kerana kebanyakkan penagih dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina mereka. Pada tahun 1965, Ronald Malzack dan Patrick Wall iaitu penyelidik kesakitan telah mengesyorkan satu teori tentang kewujudan sejenis ‘ pintu ’pada setiap tahap saraf tunjang. Pintu tersebut sentiasa tertutup dan tidak membenarkan rangsangan kesakitan sampai ke otak . Selain itu , pintu dalam saraf tunjang itu dikawal oleh dua rangsangan secara berterusan . Sesetengah rangsangan itu cuba menutup pintu dan sesetengah rangsangan lain pula cuba untuk membuka pintu. Namun kelebihan lebih memihak kepada rangsangan untuk menutup pintu dan hal ini menyebabkan kesakitan tidak dirasai walaupun rangsangan wujud. Namun begitu, rawatan melalui akupuntur boleh bertindak untuk membuka dan menutup pintu dalam saraf tunjang secara berkesan. Bentuk – Bentuk Akupuntur Moden Di dalam akupuntur moden hari ini, terdapat pelbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur atau pengamal akupuntur. Secara keseluruhan terdapat lebih daripada 11 bentuk akupuntur moden. Antaranya adalah akupuntur klasik di mana kebiasaanya menggunakan jarum-jarum halus sebagai rawatan . Terdapat juga akupuntur elektrik di mana ia menggunakan stimulator elektrik voltage rendah supaya tidak membahayakan pesakit dan akupuntur elektronik yang menggunakan alat-alat elektronik kecil. Selain itu, akupuntur bekam darah menggunakan acu bekam untuk menggeluarkan darah kotor dari badan kita. Terdapat juga akupuntur bekam yang menggunakan acu bekam untuk menyedut keluar angin dari badan kita. Akupuntur mosibusi ialah akupuntur yang menghangatkan pada titik-titik tertentu.
.jpg)
Hal ini terbukti apabila rawatan ini telah dapat memulihkan kulit seperti sedia kala. Titik akupuntur mempunyai sifat elektrik yang sangat luar biasa. Titik-titik ini mampu mengalirkan aliran elektrik disekeliling kulit dan pada kawasan yang berdekatan atau berkaitan. Namun, apa yang luar biasa adalah titik akupuntur berubah mengikut emosi pesakit. Jika ditinjau mengikut cara perubatan Cina ia dikaitkan dengan tenaga Qi dan konsep Yin dan Yang. Konsep Yin dan Yang membawa maksud organ dalam tubuh yang baik dikenal sebagai Yin dan Yang pula dikenal sebagai organ dalam tubuh yang kurang baik.Keseimbangan dalam Yin dan Yang menentukan kestabilan kesihatan badan . Perubatan Cina juga mengkaitkan hubungan cuaca dengan 5 unsur iaitu kayu, air, api, logam, dan bumi dengan kesihatan dan penyakit.Manakala organ dalam tubuh badan dikaitkan dengan 5 unsur serta Yin dan Yang. Sebagai contoh hati dikaitkan dengan kayu, jantung dengan api, limfa dengan bumi. Namun begitu, perkara yang paling utama dalam kaedah akupuntur adalah diagnosis nadi. Kaedah ini adalah penting kerana ia dapat mengesan penyakit yang pernah dihidapi. Hal ini memudahkan pengamal – pengamal akupuntur mengenal pasti dengan mudah latar belakang perubatan pesakit berkenaan. Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga boleh mengukur tahap tenaga dalam meridian dengan memeriksa nadi arteri radial pada pergelangan tangan. Tahap tenaga dalam meridian ini boleh mencapai sehingga 14 jenis nadi arteri pada kedua–dua pergelangan tangan . Namun begitu, ahli-ahli akupuntur berpendapat 5 atau 6 nadi sahaja yang boleh dikesan bagi tujuan perubatan . Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga akan memeriksa lidah, warna, tisu kulit, tisu rambut, pergerakkan dan kedudukan tubuh , pernafasan dan bunyi suara dalam rawatan akupuntur. Di samping itu, gaya hidup , diet, senaman tidur yang mencukupi, fobia, dan reaksi terhadap penyakit turut diambil kira. Proses ini dikenal sebagai ‘ Mempalpat ’ iaitu mendiagnosis gangguan pengaliran Qia dan serangan penyakit terhadap organ dalaman. Keberkesanan rawatan akupuntur Pengamal akupuntur berpendapat bahawa hanya kemahiran dalam mempraktikan akupuntur dapat mencapai rawatan yang dikehendaki iaitu mengetahui di mana hendak merangsang kulit . Walaupun terdapat banyak cara untuk merangsang kulit seperti moxibustion, urut , elektrik, getaran, mekanikal, panas, dan hayunan magnetik di amalkan secara meluas namun kaedah yang terbaik adalah kaedah rangsangan jarum. Jarum akupuntur yang terdiri daripada jarum perak diperbuat daripada aloi perak dan semua jarum adalah berjenis besi berkalis karat Selain memastikan kedudukan jarum tepat pada titik akupuntur, keberkesanan rawatan akupuntur bergantung kepada jumlah jarum akupuntur yang digunakan, kedalaman menembusi kulit, tempoh jarum itu ditusuk pada titik akupuntur dan jumlah rawatan yang dijalankan. Apabila titik akupuntur yang berkaitan dikesan, jarum akupuntur akan dicucuk pada kulit pesakit dan dibiarkan beberapa lama iaitu dari beberapa saat hingga ke beberapa minit. Sesetengah pengamal akupuntur akan memutarkan jarum dengan menggunakan hujung jari yang bertujuan untuk merangsang titik akupuntur . Selain itu, mereka juga akan merangsangkan titik akupuntur dengan menggunakan jarum elektrik. Pesakit tidak akan berasa sakit ketika rawatan akupuntur dijalankan. Hal ini kerana jarum yang digunakan adalah sangat tajam dan hanya beberapa milimeter sahaja dimasukkan ke dalam kulit pesakit. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang agak kronik rawatan dijalankan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebaliknya, rawatan yang lebih kerap diberikan bagi penyakit yang agak kritikal. Sesetengah pesakit memerlukan empat atau lima rawatan akupuntur sebelum melakukan sebarang perubahan pada dirinya seperti berasa santai, segar, dan mampu menjalankan aktiviti seharian. Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum. Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britian para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya . Di samping itu, beberapa doktor yang telah menyaksikan pembedahan menggunakan kaedah akupuntur turut mengakui bahawa di negara China rawatan perubatan akupuntur buka sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit . Kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar dan tidak menerima sebarang ubat anestetik. Hanya jarum akupuntur yang dirangsang dengan elektrik di masukkan dalam kulit pesakit. Walaupun kaedah rawatan akupuntur memberikan kesan yang baik kepada pesakit-pesakit, namun masih ada persoalan-persoalan yang ditimbulkan akibat keraguan mereka .Pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kesan-kesan penusukan jarum, perbandingan jarum dan sebagainya. Sebenarnya, rawatan akupuntur mendapat pengiktirafan daripada WHO. Penusukan jarum tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Hal ini terbukti apabila jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus dan ia dicucuk hanya sedalam 0.5 cm hingga 1 cm sahaja. Penusukan jarum hanya bagaikan gigitan semut pada kali pertama . Selain itu, jarum akupuntur moden tidak mendatangkan bahaya kerana ia adalah dalam keadaan siap terbungkus setelah disterilkan dan sentiasa bersih serta selamat digunakan . Di samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur. AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang digunakan oleh penagih dadah .
Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan . Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur. Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Perancis yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden. Hal ini kerana rawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden . Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelasaian bagi merawat sesuatu penyakit.
|
|
|
|
| |
| |
| |
| |
|
| |
|