ISLAM SATU CARA HIDUP, HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN
   
   
     

 

Masyarakat > Medik > Halal Sihat

Ketentuan Halal

 

Firman Allah:

وكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلاَلاً طَيِّبًا

Maksud: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik" (al-Maaidah: 88)

Firman Allah:

“Wahai manusia, makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang nyata” (Al-Baqarah 168)

Sabda Rasulullah : Maksudnya: “Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi" (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Definisi Halal , Haram , Masbuh

Halal: Dari segi perkataan bermakna dibenarkan (lawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang diizinkan dan tidak berdosa memakannya berdasarkan prinsip undang undang Islam.

Haram: Dari segi perkataan bermaksud tidak dibenarkan (unlawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang tidak dibenarkan mengikut undang undang Islam.

Masbuh (suspect): bermaksud meragukan. Ia merujuk kepada sesuatu pemakanan yang tidak jelas status hukumnya apakah ia halal atau haram.

Imam Ibn Al-Mundhir membahagikan kepada 3 :

1. Sesuatu yang diketahui haram kemudian ia meraguinya.

2. Sesuatu yang diketahui tentang halalnya dengan yakin kemudian ia meraguinya.

3. Sesuatu yang diragui halal dan haramnya

Halal Haram Penting :

•Halal haram mempunyai kaitan dengan kepentingan hidup manusia duniawi dan ukhrawi 

Sama ada kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup, ia  dua perkara yang sering diperkatakan umum. Hakikatnya pemakanan sangat berkait rapat dengan kehidupan kita.

Tanpa makanan yang sempurna dan berkhasiat seseorang itu akan berdepan dengan kekurangan zat sekali gus menyebabkan tubuh badan menjadi lesu dan kurang bertenaga. Ini disebabkan badan tidak menerima sumber-sumber protein, karbohidrat, vitamin dan pelbagai khasiat lain yang secukupnya.

Pemakanan yang seimbang menjamin kesihatan dan memberi manfaat seperti melambatkan proses penuaan, mengelakkan penyakit dan sebagainya.

Sebaliknya jika makanan diambil berlebihan atau tidak menepati keperluan, ia boleh mendatangkan mudharat kepada kesihatan. Tanpa disedari dan kita juga sering terlupa bahawa makanan juga boleh menjadi ‘musuh dalam diam’ jika kita tidak tahu mengawalnya.

Maka itu, melalui laman ini, kami memperkenalkan kebaikan nutrisi kepada anda. Agar ia dapat membantu anda dalam memilih makanan berkhasiat .  Juga dalam masa yang sama, menyediakan panduan mengenai pemakanan yang sihat dan semestinya halal seperti mana firman Allah SWT di atas.

Bagi memastikan makanan yang anda beli itu dijamin halal, sila rujuk di bahagian semak halal di ruangan Direktori Halal untuk mengetahui status halalnya.

www.dunyahalal.com

`ISLAM SATU CARA HIDUP...'

`HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN...'

 

 

ARKIB - HALAL SIHAT

No. Tajuk
25. RAHSIA KURUS TANPA UBAT
24. PAHIT PERIA SERIBU RAHSIA
23. PENYUSUAN SUSU IBU
22. RAHSIA PEMAKANAN GENIUS ISLAM
22. MEMAHAMI KHASIAT AIR
21. AWET MUDA DENGAN PEGAGA
20. GULA ORGANIK
19. BERHIAS DIRI BAGI MUSLIMAH
18. HIKMAH MAKANAN DALAM ISLAM
17. KEKURANGAN ZAT MAKANAN DALAM REMAJA
16. STATUS PENCEMARAN MELAMINE DALAM SUSU
15. PRINSIP HALAL HARAM
14. MI SEGERA BUKAN PENYEBAB KANSER
13. RAHSIA ALOE VERA
12. VITAMIN
11. MAKANAN SEGERA
10. MENU SIHAT
9. MAKAN LUAR
8. ANEMIA
7. PEMAKANAN PESAKIT DIABETIS MELLITUS
6. MADU LEBAH
5. RAHSIA PETAI
4. STRAWBERI OHH STRAWBERI
3. COKLAT
2. SUSU DAN WANITA HAMIL
1. 5 SEBAB KURANGKAN GULA